October 17, 2009

Program Bersama Kolej Komuniti Hulu Selangor

15 Oktober 2009 (Khamis), Satu program bersama Pengarah Kolej Komuniti Hulu Selangor telah dijalankan. Pengetua dan Guru Kaunseling sekolah-sekolah menengah Daerah Hulu Selangor telah dijemput untuk menerima maklumat berkaitan kewujudan kampus baru KKHS di Batang Kali. Turut serta dalam program tersebut ialah Tn Hj Roslan Che Mee (Penyelia Kauseling HEM) dan En Bahari Tajudin (Kaunselor Pentadbir) yang mewakili PPD Hulu Selangor.

August 15, 2009

Kursus Sehari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pada 6 Ogos 2008, Satu kursus PRS telah dijalankan di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh MGKHS dengan kerjasama PPD Hulu Selangor. Penglibatan murid daripada 14 buah sekolah menengah dengan dibantu oleh guru-guru kaunseling dalam memberi input-input berkaitan kemahiran komunikasi dan kaunseling. Terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator yang terlibat.

March 22, 2009

Lawatan Ilmu Ke ALAM Melaka





Pada 28 Februari 2009 (Sabtu) satu lawatan ke Akademi Laut Malaysia, Melaka telah dijalankan oleh MGKK Hulu Selangor. Lawatan tersebut telah disertai oleh para pelajar dan guru-guru kaunseling daripada sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Selangor.

February 3, 2009

Mesyuarat AJk MGKK

2 Februari 2009 (Isnin), satu mesyuarat ajk telah diadakan di bilik mesyuarat SMK Bukit Sentosa pada jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan MGKK Hulu Selangor untuk tahun ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Aishah Abdul Ghani dan turut hadir dalam mesyauarat tersebut adalah Tn Hj Roslan Che Mee (Pegawai Kaunseling PPD Hulu Selangor).

January 9, 2009

Majlis Tautan Kasih dan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pada 31.12.2008 Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Majlis Tautan Kasih dan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Kelab Golf Resot Serendah. Tujuannya ialah untuk mewujudkan kejelekitan dan menghargai jasa Guru Bimbingan dan Kaunseling. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Kaunseling (HEM), Jabatan Pelajaran Selangor iaitu Encik Khairuddin bin Mohd Amin.
Beberapa anugerah telah disampaikan pada majlis ini;
i) Anugerah Pengurusan Bilik B&K terbaik
Pemenang: SMK Bukit Sentosa (Sek. Men) dan SK Serendah (Sek. Ren)
ii) Anugerah Pengurusan Fail Terbaik
Pemenang : SMK Sungai Choh (Sek. Men) dan SK Taman Bunga Raya 1 (Sek. Ren)
iii) Anugerah Pengurusan Dokumentasi Terbaik
Pemenang : SMK Bandar Baru Batangkali (Sek. Men) dan SK Bukit Beruntung (Sek. Rendah)
iv) Anugerah UBK Paling Aktif
Pemenang : SMK Bandar Sungai Buaya (Sek. Men) dan SK Bukit Sentosa (Sek. Rendah)
v) Anugerah Pengurusan PRS Terbaik
Pemenang : SMK Bukit Sentosa (Sek. Men) dan SK Serendah (Sek. Rendah)
vi) Tokoh PRS 2008
Pemenang: 1) Mohd Hazim bin Amir Nordin (SMK Bukit Sentosa)- kategori sekolah menengah
2) Qisthina Amalin binti Rozman (SK Bukit Sentosa) - kategori sekolah rendah
vii)UBK Terbaik 2008
Pemenang : SMK Bukit Sentosa

December 22, 2008

Kursus Guru Bimbingan (SKM)


Rakan sejawatan di daerah perlu diberi sokongan dan dorongan dalam meningkatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah terutama di sekolah rendah. Pada 2 hingga 4 Disember 2008 bertempat di Hotel Malaya Kuala Lumpur Perkongsian Ilmu telah diadakan bersama 15 orang guru-guru bimbingan dari Sekolah Kurang Murid oleh Kakitangan Sumber Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Selangor.
Kursus Teambuilding Perkembangan Staff


Kursus Teambuilding Perkembangan Staff Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Sri Mayang, Port Dickson dari 4.11.2008 hingga 2.11.2008.